Pemangku Raja Hungary
Pemangku Raja Hungary

Pemangku Raja Hungary

Pemangku Raja Hungary adalah jawatan yang dizahirkan pada tahun 1446 dan diperbaharui pda 1920. Ia telah disandang oleh Laksamana Miklós Horthy sehingga tahun 1944. Dibawah Perlembagaan Hungary terdapat dua pemangku raja, satu pemangku raja bagi kerabat diraja, dipanggil Nádor, dan satu lagi dipanggil "Kormányzó" (yang bererti "gabenor"). Oleh kerana Entente telah melarang Nádor yang sah dari mengambil alih tempatnya, maka pilihan jatuh pada pemilihan gabenor-raja: Laksamana Horthy telah dipilih. Oleh itu, beliau adalah pemangku raja negara pasca Perang Dunia I yang dipanggil Kerajaan Beraja Hungary dan berkhidmat sebagai ketua negara sekiranya ketiadaan raja, manakala perdana menteri berkhidmat sebagai ketua kerajaan. Horthy telah diberi gelaran Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kerajaan Hungary" (Hungarian: Ő Főméltósága a Magyar Királyság Kormányzója).